apa yang akan jadi kalau donald trump menang?

by - 19:59:00

new president of the United States

What happens if donald trump win 2016 US election?


Immigration.

Perkara pertama yang aku jumpa adalah, donald trump ingin mengusir semua pendatang tanpa izin dari amerika syarikat! Ia mungkin nampak mustahil. Dan pakar-pakar ekonomi telah memberi amaran, usaha itu akan memberikan kesan yang sangat teruk kepada ekonomi amerika syarikat!


Dan khabarnya, donald trump akan memulakan langkahnya yang pertama untuk mengusir pendatang tanpa izin yang mempunyai rekod jenayah. Beliau juga dikabarkan akan membina tembok besar di sepanjang sempadan amerika syarikat bagi mengekang kemasukan pendatang asing ini!

Dan harus juga di ingatkan, Donald trump juga ada menyatakan rasa kurang senangnya terhadap beberapa golongan di amerika syarikat.

Pembaharuan Washington.



Donald trump juga akan “mengalirkan” kewangan yang besar ke dalam politik Washington. Beliau juga akan mengecilkan saiz kerajaan. Dalam erti kata lain, mengurangkan pekerja kerajaan dan membekukan pengambilan pekerja baru. *tetapi mengecualikan tentera, anggota keselamatan awam dan pekerja kesihatan*.



Perdagangan.

Trump akan mengenakan 1 set dasar perlindungan untuk menutup sempadan ekonomi Amerika. Dia juga akan segera mengumumkan niatnya untuk "rundingan semula" perjanjian Perdagangan Bebas di antara Amerika Utara dengan canada dan Mexico.

Donald trump juga akan membatalkan penyertaan dalam Perkongsian Tran Pasifik *perjanjian perdagangan kontroversi dengan 12 buah negara*.

Dasar luar.

Donald Trump juga telah berkata, sebagai presiden beliau tidak boleh menjamin perlindungan kepada rakan-rakan negara-negara NATO yang diserang *perang*. Tambah trump lagi, Amerika hanya akan membantu negara yang telah menunaikan "tanggungjawab" mereka dalam persekutuan.

Trump juga telah mengancam untuk menarik balik tentera dari Eropah dan Asia jika negara sekutu gagal membayar lebih untuk perlindungan daripada Amerika.

Tenaga dan alam sekitar.

Mr Trump juga merancang untuk membatalkan pembayaran berbilion-bilion dolar kepada program perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau akan mengunakan dana tersebut untuk membayar projek-projek infrastruktur di Amerika Syarikat.

Yang sebenarnya, ini adalah beberapa langkah awal yang di ketahui akan di lakukan oleh Donald trump sebaik sahaja bergelar president of the United StatesMasih terdapat banyak lagi usaha drastic yang akan dilakukan trump. Ramai yang berkata, ekonomi dunia akan sangat terkesan dengan perlantikan new president ini. Apa pun, pilihan sudah di buat. Tunggu dan lihat sahaja kesannya nanti.


Sumber  : Telegraph, ceritaejoy

You May Also Like

0 comments