dunia kpop?

by - 20:12:00



assalamualaikum dan hai~

hari ni nak buat entry tentang dunia kpop. boleh dikatakan ramai jugak anak muda zaman sekarang minat dengan kpop ni. contohnya fina :3 okay, best sangat ke kpop ni? bagi fina lah kan, tak best lansung. sesiapa, janganlah sesekali cuba nak masuk. LANSUNG JANGAN. why? banyak peminat kpop ni tak matang dan perangai dorang... hmm memang menyakitkan. di bawah adalah salah satu senarai benda yang ada dalam dunia kpop nih. 


1. Fanwar

benda ni boleh dikatakan berlaku selalu, setiap tahun. ia akan berlaku antara dua fandom, atau lebih dari dua fandom. ia berlaku bila ada salah sorang fan yang immature cuba komen benda negatif terhadap satu kumpulan kpop tu, contohnya dengan mengatakan artis tu ugly dan sebagainya. maka bermulalah fanwar dan fanwar ni juga macam salah satu benda yang dilakukan fandom tersebut untuk back up artis kesayangan dorang dengan bagi komen negatif. fina boleh bagi 2 fandom yang selalu bergaduh :3 army, dan exo-l. ni benda betul okay?

2. lightstick

benda ni adalah salah satu benda yang buatkan fina suka lol. setiap group kpop akan ada lightstick diorang tersendiri dan juga warna. di bawah adalah contoh-contoh lightstick.

Image result for bts light stick
bts lightstick

Image result for exo light stick version 2
exo lightstick

Image result for bigbang lightstick
bigbang lightstick

Image result for fx lightstick
f(x) lightstick

ada banyak lagi. korang boleh je search Kpop lightstick ^^

3. ocean

korang boleh tengok kat gambar paling atas skali. ha tulah apa yang orang panggil sebagai ocean di mana, setiap kali sesebuah group tu buat persembahan, fans akan turn on lightstick mereka dan terjadilah sebagai ocean. satu lagi benda paling dibenci oleh fans adalah Black Ocean. Black Ocean ni, hanya segelintir saja yang buka lighstick dorang. 

contohnya macam di bawah:
Image result for kpop black ocean

ia dianggap macam satu penghinaan kepada sesebuah group tu. tapi tulah apa yang haters buat kepada sesebuah group yang dorang benci.

4. album

album kpop dia lain sikit dan album juga benda yang fina nak beli sangat-sangat :') tapi takde duit. takkan nak pakai duit mak ayah kan? dalam album kpop, akan ada photocard, photobook, cd dan poster. semuanya satu set. siapa taknak weyhhh ;-; sebab tu kebanyakkan album laris saja bila dijual!



apapun, macam fina cakap janganlah sesiapa cuba nak masuk dalam dunia kpop ni. fina kekadang rasa macam nak keluar pun ada, tapi entah kenapa tak boleh. penat dengan semua fanwars. macam sekarang, berlaku antara army dan exo-ls (army fandom bts, exo-l fandom exo) sebab bts menang anugerah Album Of The Year. tapi fina minat bts ni, sebab banyak lagu dorang yang tak banyak berkaitan cinta sangat, malah bagi inspirasi kat fina. dan lagu dorang banyak jugak ceritakan tentang apa dorang perlu lalui dalam kehidupan dorang, contohnya Born Singer. dorang bukanlah dari company besar, iaitu yang tergolong dalam Big3 contohnya, SM, YG dan JYP. tapi dari company yang kecik je iaitu Bighit. makin lama, nama dorang makin dikenali oleh orang ramai dan dorang buat company dorang tu pun naik jugak! persahabatan dorang pun baik. dorang kisah antara satu sama lain. cara dorang layan fans, buatkan fans dorang rasa tak terabai sebab tu fina respect dan minat dorang. bukan setakat sukakan dorang sebab rupa paras atau apa. tapi, sebab kebolehan dorang ada. pandai tulis lirik dan compose lagu. okey, ni macam dah lari tajuk xDD apapun, fina takleh move on dengan gambar group hug time dorang menang anugerah Album Of The Year kat MMA :')

“ © 밍까 | Editing Allowed, Do Not Crop Logo.”
“ © SU CAN FLY | Do not edit.”

You May Also Like

7 comments

  1. Fanwar tu paling benci. Kadang menyesal minat Kpop. Tapi lagu depa best-best. Banyak yang bagi inspiration :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu laa. rasa macam nak berhenti minat pun ada. tapi dorang kata, 'once you jimIn you can't jimOUT' lol xDD

      Delete
  2. aaaaa i'm kpop lover hikhokk tapi multifandom , lagu2 kpop syokk sangat T_T . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi multifandom memang kena hadap macam-macam lagi-lagi bila ada fandom yang gaduh dan kita lak dari dua2 fandom tu. hmm redho xD

      Delete
  3. HUHUU..ZAMAN KPOP DA BERAKHIR

    ReplyDelete
  4. Twice punya lightstick lawa sangat. Macam lollipop.

    Haih never ending fanwar. Ada yg cakap kalau exo-l ngan army, ni third generation. Terlalu banyak immature fans :') zaman fanwar adlin dah lepas, sekarang nak focus kt bts je. Perdulikan fanwar hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, tau tkpa. fanwar sana sini. lagi-lagi dengan yang baru-baru berlaku nih. haih, entahla bila boleh aman xD apapun, twice punya lightstick cantiklaa omg ;-;

      Delete