7 days 1 week blog challenge - Movie Review

by - 16:12:00


assalamualaikum dan hai.

Image result for the throne korean movie
dalam challenge, hari kedua kena review movie. hehehehe, fina nak review movie The Throne. 

Release date: September 16, 2015


Plot:

Raja Yeongjo (Song Kang-Ho) bercita-cita untuk menjadi raja yang sempurna kerana latar belakang tercemar beliau. Ibu beliau adalah dari kelas yang lebih rendah dan khabar angin wujud bahawa dia telah membunuh abangnya untuk menjadi raja. Raja Yeongjo kemudian mempunyai anak pada usia yang lewat. Beliau melantik putera kecil sebagai Putera Mahkota (Yoo Ah-In). Raja Yeongjo mempunyai harapan yang tinggi untuk Putera Mahkota, tetapi Putera Mahkota lebih prihatin kepada seni mempertahankan diri dan lukisan bukannya memberi tumpuan kepada pelajaran. Sementara itu, Putera Mahkota merindukan seorang ayah baik hati dan bukannya Raja yang tegas. Hubungan antara Raja dan Putera Mahkota menjadi hancur. (plot dari AsianWiki)


cerita ni, fina baru tengok tahun ni. dah dekat 5 kali tengok. bagi fina cerita ni best dan fina memang suka tengok cerita jenis historical. hehehehe. first, nak tengok sebab ada Yoo Ah-In. dia ni kira pelakon favorite fina, satu lagi sebab ada Moon Geun-young, dia pegang watak as hyegyeong iaitu isteri kepada putera mahkota. nama putera mahkota tu adalah Sado, atau nama sebenar adalah Putera Jangheon. cerita dia tentang, putera yang dikurung oleh ayahnya dalam peti beras selama 8 hari atas kesalahan cuba membunuh raja, iaitu ayah dia sendiri. sebab dia nak bunuh ayah dia adalah, cara ayah dia layan dan kata-kata yang ayah dia kata dekat dia buatkan dia sakit hati. 

waktu dia kecik, dia rajin belajar dan raja Yeongjo tu memang bangga lah dengan dia ni, tapi bila makin lama dia makin membesar, dia tak ambil kisah pasal pembelajaran dia dan sibuk bermain dan lukis dan sebagainya dan pada awal usia, dia dah kena kahwin. orang korea zaman dulu memang macam tu, tapi tak sure la kalau hanya untuk keluarga diraja atau tak. 

jadi, disebabkan dia dah tak kisah pasal belajar, mestilah susah bila time exam kan? ha macam tulah dengan sado ni, dia tak lulus dia punya exam ke macam mana tah, jadi ayah dia tanya dekat dia baca buku ke tak dalam masa sehari baca berapa dan sebagainya dan apa yang dia jawab tak, memang ayah dia kecewa lah. makin dia membesar, makin kurang layanan kasih sayang yang ayah dia bagi sampai bila putera mahkota ni nak ikut ayah dia melawat kubur atok dia (Raja Sukjong, ayah kepada raja yeongjo) ayah dia tak bagi. jadi disebabkan ada satu hari tu, ayah dia kata apa entah kat dia, dia plan nak serang istana dan bunuh ayah dia, tapi tak jadi sebab terdengar perbualan anak dia dengan ayah dia. 

apapun, waktu part last, memang fina nangis huahahaha xD rasa sebak sebab ayah dia menyesal. apapun, dalam movie ni, peti beras tu kira besar jugaklah dari yang betul. yang betul punya kecik. 

Image result for crown prince sado

ni peti beras yang sebenar. cuba bayangkan putera mahkota Sado yang umur 27 tu duduk dalam ni dalam masa 8 hari tanpa makan.

You May Also Like

3 comments

  1. Macam best. Haha. Nantilah tengok kalau rajin. Rajin betul Fina tengok cerita historical eh. Akak buku sejarah pun payah nak khatam.

    ReplyDelete
  2. Macam best, haha tak tengok lagi movie nih.

    ReplyDelete
  3. mcm power je ni !! kena tgk kot, kot la

    ReplyDelete